Catatan

RUMAH SUKAN JAGUH MUNCUL JUARA

Imej
Sukan tahunan SMK Kunak Jaya kali ke 17 telah pun berakhir, dengan menyaksikan Rumah Sukan Jaguh muncul sebagai juara keseluruhan meninggalkan Perkasa, Wira dan Satria masing-masing ditempat kedua, ketiga dan keempat. Ahli Parlimen P188 Silam Hj Saleh Kalbi semasa berucap merasmikan MajlisSukan Tahunan SMK Kunak Jaya kali ke-17. Kemuncak sukan tahunan tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tuan Hj Saleh Kalbi pada 28 Januari lalu. Selain itu YB sempat menyampaikan sumbangan jersi untuk pasukan bola sepak dan bola tampar sekolah berserta beberapa biji bola. Pengetua sedang menerima sumbangan jersi dan bola dari YB Ahli Parlimen Silam. Selain acara sukan yang melibatkan pelajar, telah diadakan juga acara yang melibatkan guru dan ibu bapa. Dalam acara 4 x 100 meter guru dan ibu bapa, Pengetua Encik Noor Aslam Mano Abdullah telah turut serta berlari mewakili pasukan pentadbiran sekolah bersama PK Kokum, Encik Hamzah Abdul Wahid, Cikgu Abdul Mulok dan Cikgu Sharir Hamid. Selain i...

SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH DAN 2010 MASEHI

Pertama, saya nak minta maaf sebab lama tak update. Sejak cuti sekolah, bertambah pula sibuknya mengisi cuti sehingga terasa cuti kali ini terlaluy singkat. Begitulah jika masa digunakan sepenuhnya sehingga tidak terasa berlalu. Mudah-mudahan para pelajar juga demikian hendaknya mengisi masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah serta tidak lupa untuk mengulangkaji pelajaran. Apapun, pada saat posting ini dibuat, kita sedang menantikan kemunculan tahun baru 2009 Masehi setelah kita sama-sama menyambut Maal Hijrah 1431. Harapan pada tahun ini saya mengharapkan agar lebih baik daripada tahun lepas. Semoga SMK Kunak Jaya bersama warganya akan lebih berjaya dan terus berjaya sesuai dengan namanya 'Ku Nak Jaya'. Bangunan utama sekolah sedang rancak diperbaiki. Dalam masa yang sama bangunan 'gantian' sudah siap sedia menantikan kehadiran pelajar 2010. Apa yang diharapkan lagi adalah setiap warga SMK Kunak Jaya mensyukuri nikmat yang diberi serta redha dengan keadaan fizikal...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Hari raya Aidil Adha hari yang ketiga. Warga SMK Kunak Jaya telah menyempunakan ibadah Kurban yang disumbangkan oleh seorang dermawan yang juga merupakan bapa kepada pelajar di sekolah ini, En. Pirmang Udin. Beberapa orang guru, pelajar, kakitangan bukan mengajar serta bekas pelajar SMK Kunak Jaya telah meluangkan masa bagi menjayakan majlis tersebut. Tepat jam 8.30 pagi, lembu yang di simpan sejak 25.11.2009 telah selamat dikurbankan. Daging lembu yang dikurbankan telah diagih-agihkan kepada warga SMK Kunak Jaya yang hadir serta penduduk kampong yang berdekatan. Semoga sumbangan kurban ini akan mendapat keberkatan dan dimurahkan rezeki lagi dari Allah Subahanahu Wata'ala. ____________________________________ UBAT BADAN BERBAU (klik)

SPM DAN STPM 2009

Seperti diketahui ramai, bangunan SMKKJ mengalami kerosakan dan perlu dibaiki segera. Namun tindakan segera pihak sekolah memaklumkan perkara ini kepada pihak yang berwajib, maka alhamdulillah, calon-calon SPM dan STPM dapat mengambil peperiksan penting itu di bangunan projek kilat yang siap sebelum peperiksaan bermula. Bangunan yang dibuat adalah separuh konkrit cukup selesa untuk diduduki walaupun mungkin ada terdapat sedikit kelemahan terutama bau cat yang masih dapat dihidu kerana baru. Namun bagi warga SMKKJ terutamanya calon SPM dan STPM, tetap bersyukur kerana dapat mengambil peperiksaan tersebut di SMKKJ.

Hari Anugerah SMK Kunak Jaya 2009

Imej
Mula-mula saya ingin mohon maaf sebab lama tak update blog ni. Maklum, kurang masa yang terluang. Apapun, walaupun cuti sekolah, saya akan cuba buat pengisian kalau ada masa lapang. Kepada semua pelajar dan rakan guru selamat bercuti (terutama pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 6 rendah) serta selamat berjuang kepada pelajar SPM dan STPM (didoakan semoga semua mendapat kejayaan, amin). Sebelum cuti sekolah, satu aktiviti tahunan sekolah telah dijalankan iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKKJ. Sebelum itu pada 12.11.2009 telah diadakan Majlis Solat Hajat dan Restu Ibubapa dan Guru untuk pelajar SPM dan STPM di dewan serbaguna SMKKJ. Beberapa orang ibubapa telah hadir bersama guru-guru dan pelajar berkaitan. Sebaik solat hajat berakhir pelajar membentuk bulatan besar dan bersalaman dengan guru dan ibubapa meminta restu. Pada 13.11.2009, Majlis Anugerah Kecemerlangan pula diadakan. Berbagai anugerah diberikan kepada pelajar dan guru yang berjaya memperolehi kecemerlangan sepanjang sesi 2...

PEMBANGUNAN RANCAK

Imej
Hari ini SMK Kunak Jaya menyaksikan beberapa projek pembangunan infrastrukturnya bagi menampung keperluan yang semakin meningkat. Beberapa bulan yang lalu telah dimulakan pembinaan bangunan yang akan menempatkan bengkel aquakultur dan penternakan haiwan, yang sudah hampir siap. Bangunan ini akan digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran subjek baru yang berkaitan dengan penternakan haiwan aquatik dan haiwan peliharaan lain dan dijangka akan dimulakan pada tahun 2010. Bangunan untuk bengkel ternakan aquakultur dan ternakan haiwan. Sementara itu bangunan projek kilat yang dibangunkan pihak sekolah juga hampir siap sejak dimulakan pembinaannya pada bulan September 2009 yang lalu. Bangunan ini akan digunakan untuk menempatkan beberapa buah kelas yang terpaksa dikosongkan kelas asalnya di blok bangunan sekolah berikutan kerja-kerja membaikpulih yang akan dijalankan sedikit masa lagi, kemungkinan semasa cuti akhir tahun. Projek kilat ini juga dijangka akan digunakan untuk menempatkan calon...

SELAMAT HARI RAYA, SEBELUM DAN SELEPAS RAYA

Imej
Hari ini 28.09.2009 (Isnin) adalah merupakan hari pertama persekolahan selepas lebih 10 hari sekolah bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri. Tepat jam 645 pagi, perhimpunan mingguan diadakan di tapak perhimpunan Anjung Ilmu dengan menyaksikan kehadiran pelajar dan guru yang agak menggalakkan. Walau pun suasana hari raya masih terasa, komitmen pelajar dan guru terserlah pada hari ini untuk meneruskan sesi persekolahan, lebih lebih lagi pelajar-pelajar SPM dan STPM. Pengetua, En Nor Aslam Mano semasa berucap dalam perhimpunan tersebut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga SMK Kunak Jaya. Beliau juga mengumumkan beberapa orang guru yang menerima kenaikan pangkat seterusnya menjawat jawatan hakiki seperti Ketua Bidang, Penolong Kanan dan sebagainya, antaranya ialah En Yakari Sulong yang kan menjadi PK HEM di SMK Madai, En Norai'jelah Abdullah Sani dan Ust Abdullah Muhammad yang menerima kenaikan pangkat ke DG44. Tahniah diucapkan. Selain itu beliau juga...