Catatan

PEMBANGUNAN RANCAK

Imej
Hari ini SMK Kunak Jaya menyaksikan beberapa projek pembangunan infrastrukturnya bagi menampung keperluan yang semakin meningkat. Beberapa bulan yang lalu telah dimulakan pembinaan bangunan yang akan menempatkan bengkel aquakultur dan penternakan haiwan, yang sudah hampir siap. Bangunan ini akan digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran subjek baru yang berkaitan dengan penternakan haiwan aquatik dan haiwan peliharaan lain dan dijangka akan dimulakan pada tahun 2010. Bangunan untuk bengkel ternakan aquakultur dan ternakan haiwan. Sementara itu bangunan projek kilat yang dibangunkan pihak sekolah juga hampir siap sejak dimulakan pembinaannya pada bulan September 2009 yang lalu. Bangunan ini akan digunakan untuk menempatkan beberapa buah kelas yang terpaksa dikosongkan kelas asalnya di blok bangunan sekolah berikutan kerja-kerja membaikpulih yang akan dijalankan sedikit masa lagi, kemungkinan semasa cuti akhir tahun. Projek kilat ini juga dijangka akan digunakan untuk menempatkan calon...

SELAMAT HARI RAYA, SEBELUM DAN SELEPAS RAYA

Imej
Hari ini 28.09.2009 (Isnin) adalah merupakan hari pertama persekolahan selepas lebih 10 hari sekolah bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri. Tepat jam 645 pagi, perhimpunan mingguan diadakan di tapak perhimpunan Anjung Ilmu dengan menyaksikan kehadiran pelajar dan guru yang agak menggalakkan. Walau pun suasana hari raya masih terasa, komitmen pelajar dan guru terserlah pada hari ini untuk meneruskan sesi persekolahan, lebih lebih lagi pelajar-pelajar SPM dan STPM. Pengetua, En Nor Aslam Mano semasa berucap dalam perhimpunan tersebut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga SMK Kunak Jaya. Beliau juga mengumumkan beberapa orang guru yang menerima kenaikan pangkat seterusnya menjawat jawatan hakiki seperti Ketua Bidang, Penolong Kanan dan sebagainya, antaranya ialah En Yakari Sulong yang kan menjadi PK HEM di SMK Madai, En Norai'jelah Abdullah Sani dan Ust Abdullah Muhammad yang menerima kenaikan pangkat ke DG44. Tahniah diucapkan. Selain itu beliau juga...

SUMBANGAN UNTUK PELAJAR MISKIN SEMPENA RAMADAN

Seperti pada tahun-tahun lepas, SMK Kunak Jaya terus melaksanakan beberapa program sempena bulan Ramadhan al Mubaraq, bagi meningkatkan lagi ketaqwaan warganya yang beragama Islam selain memberi peluang untuk berbuat kebaikan di bulan yang penuh barakah ini. Antara program yang baru sahaja dilancarkan ialah program mengumpul sumbangan berupa wang untuk diagih-agihkan kepada pelajar miskin di sekolah ini. Ini adalah merupakan program tahunan yang menjadi amalan warga SMKKJ. Pengetua semasa melancarkan tabung Pungutan Sumbangan di hadapan PejabatAm mengharapkan agar semua warga SMKKJ tanpa mengira pangkat samada pelajar, kakitangan bukan mengajar mahupun guru, serta tidak mengira agama dan keturunan dapat menghulurkan sumbangan yang ikhlas. Manakala Puan Saniman Sabur pula tidak mensasarkan jumlah pungutan kerana sumbangan yang diperolehi akan menjadi tambahan kepada sumbangan yang diberikan pihak PIBG serta pihak sekolah sendiri. Selain dari aktiviti itu, pihak AJK Surau Ar-Rauddah SMK ...

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 52

Imej
Meskipun beberapa kelas masih dibuka di luar bangun sekolah, namun warga SMKKJ tetap melahirkan semangat kemerdekaan menerusi kibaran Jalur Gemilang serta pameran poster, ' banner ' dan ' bunting '.

Puisi Buat Anak Didik

Terimakasih kepada semua pengunjung blog ini. Terimakasih sekali lagi kepada yang menjadi pengikut tetap blog ini. Post pada kali ini saya hanya ingin mengabadikan sebuah puisi yang diungkapkan oleh seorang warga SMKKJ, yang juga merupakan salah seorang orang kuat di SMKKJ iaitu Puan Gan Siew Lin. Bait-bait puisi tersebut saya petik dari ruangan chatbox (shoutbox) yang ditulis oleh Puan Gan. Mohon kebenaran puan, semoga pelajar yang membacanya akan terus tabah, bersemangat dan lebih berusaha kearah kecemerlangan. Puisinya berbunyi begini: ini sekolah kita, di sini kita menapak, biar runtuhan konkrit menyeliputi diri, tetap ku gagahi, menapak dan menapak lagi, kerana ini sekolah ku. ayuh pelajar-pelajar SMKKJ usah runtuh semangatmu seperti runtuhan ini kita usung batu-batu ilmu kita atur ia menjadi timbunan ilmu kita buktikan bahawa kita boleh berjaya walau ilmu ditimba dari runtuhan konkrit namun tambah cekal kaki melangkah dalam susah, dalam senang... tetap kusanjung dirimu, SMKKJ dan...

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Setelah sekian lama mengharungi P&P di luar bangunan sekolah, akhirnya beberapa kelas terutama Tingkatan 5 dan 3 dibenarkan naik ke bangunan sekolah semula. Walau bagaimanapun, hanya aras dua sahaja yang terlibat. Ini berikutan jaminan yang diberi serta kenyataan bahagian forensik Jabatan Kerja Raya yang memaklumkan bahawa bangunan sekolah masih selamat. Bahagian tangga laluan pelajar perempuan dan aras tiga yang menempatkan Pusat Sumber masih ditutup selain sebuah kelas yang lantainya terjejas terus di aras dua. Pembukaan semula bilik darjah tersebut telah mengembalikan keyakinan pelajar dan warga sekolah yang lainnya terhadap keselamatan bangunan sekolah. Sehubungan dengan itu juga pelajar PMR, SPM dan STPM kembali ceria dan bersemangat untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Proses pembaikan kelas serta bangunan projek kilat yang menempatkan Bilik PSV akan dilakukan pada bila-bila masa. Tender projek kini dibuka untuk kontraktor berdaftar dengan JKR. Apa yang diharapkan, proses ...

LAGI KUNJUNGAN PELAWAT KE SMKKJ

Imej
Sejak berita tentang kerosakan yang berlaku di skolah SMKKJ tersiar melalui media cetak mahupun elektronik, beberapa respon telah diperolehi. Beberapa siri lawatan VIP ke sekolah ini telah diterima. Bermula dengan lawatan YB ADUN N 51 Kunak, Encik Nilwan Kabang, kemudian YB Ahli Dewan Rakyat P188 Silam, Tuan Hj Saleh Kalbi, disusuli rombongan dari Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, seterusnya dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan terbaru dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Encik Raja Mazlan bersama Encik Ahmad Kamal. Pelawat dari BPSH, KPM bergambar bersama kakitangan SMKKJ. Dari kiri, Encik Mohd Hafiz (Kauselor Sekolah), Cik Rashida Abd Rahim (Kauselor sekolah), Puan Gan Siew Lin (PK HEM), Encik Ahmad Kamal, Encik Raja Mazlan, Pn Norsimah (Kauselor SMK Kunak) dan Pn Jahara Pilih (Kerani Kewangan SMKKJ), berlatarkan bangunan blok sekolah yang mengalami keretakan serta anjung berdindingkan 'canvas' yang menempatkan pelajar Tingkatan 6 Atas Brilliant. Lawatan-lawatan se...