Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

JUARA KESELURUHAN SUKAN DAERAH...JUARA LAGI

Imej
Buat pertama kalinya, SMK Kunak Jaya telah berjaya merangkul gelaran Juara Keseluruhan Sukan MSS Daerah Kunak dalam kejohan yang berlangsung di SMK Madai bermula 07hb Mac 2011 dan berakhir pada 10hb Mac 2011. Dengan memperolehi 30 emas, SMK Kunak Jaya berjaya mengenepikan SMK Kunak selaku juara bertahan ke tempat ke dua serta meninggalkan SMK Madai ke tempat ke tiga. Selain itu dua atlet dari SMK Kunak Jaya juga telah dinobatkan sebagai olahragawan kategori bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun. Mereka ialah pelajar Handih dan Mohd Saiezman. Manakala Briged Muda RELA SMK Kunak Jaya telah menjadi Juara Perbarisan sempena kejohanan tersebut kategori Unit Beruniform. Ini menjadikan SMK Kunak Jaya menjulang namanya sebagai juara berganda. Tuan Pengetua Encik Nor Aslam Mano Abdullah mengucapkan tahniah kepada semua atlet dan guru-guru SMK Kunak Jaya yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Tidak lupa juga kepada ahli PBSM SMK Kunak Jaya yang telah menjalankan tugas sebagai Unit Kecemasan de

JUARA BILIK SUMBER PPDa

Imej
Pelawat yang datang bergambar kenangan dihadapan Bilik Sumber PPDa SMK Kunak Jaya. Bilik PPDa (Pendidikan Pencegahan Dadah) SMK Kunak Jaya telah mendapat tempat pertama atau Johan Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sabah, dan tempat Ke-3 Keseluruhan Peringkat Negeri Sabah dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa. Pagawai Penilai diberi taklimat oleh pelajar Datu Awaluddin Datu Kamaruddin semasa lawatan penilaian kali kedua. Menurut guru yang mengendalikan pengurusan Bilik Sumber PPDa SMKKJ, Cikgu Mohd. Hafiz Lokman, ini adalah berkat kerjasama yang diberi oleh semua guru, terutama guru-guru UBK serta pelajar. Beliau juga memaklumkan bahawa Bilik Sumber PPDa SMKKJ telah dilantik sebagai Pusat PPDa Daerah Kunak. Bilik UBK Cikgu Mohd. Hafiz Lokman juga memberitahu, selaku guru Kaunselor sekolah, beliau bersama rakan-rakan dalam UBK kini dalam proses pembahbaikan bilik UBK untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan lebih sistemetik dan kondusif kepada pelajar. Selain cikgu M