Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

MINI MARATON

Imej
Peserta Perempuan Dilepaskan . SMKKJ dengan bangganya menganjurkan sekali lagi MINI MARATON peringkat sekolah dan daerah Kunak. Sepanjang berlangsungnya acara larian tersebut, cuaca menyebelahi kami. Awal pagi mendung dan redup, berakhir dengan pancaran matahari yang tidak begitu terik semasa acara penyampaian hadiah kepada pemenang. Peserta Lelaki sedia untuk dilepaskan. Lagi gambar sekitar mini maraton SMK Kunak Jaya pada 21.01.2011

SMK KUNAK JAYA BERKARNIVAL LAGI

Imej
2011 baru menghampiri bulan ke duanya, SMK Kunak Jaya sudah mula sibuk dengan aktivitinya. Ketika ini, kokurikulum hampir menguasai suasana persekolahan. Namun tidak bermakna kurikulum diabaikan begitu sahaja, tetap berjalan mengikut jadual dan perancangan. Itulah SMK Kunak Jaya... kerana setiap warganya menanam semangat diri 'KU_NAK_JAYA'. Apa sekalipun aktiviti dirancang, harus berjalan dan dilaksanakan, disamping rutin p&p yang sudah semestinya menjadi kewajipan setiap warganya terutama pelajar dan pendidik. Bermula dengan mesyuarat Rumah Sukan disusuli dengan Mini Maraton, SMK Kunak Jaya seakan berpesta sukan di awal tahun 2011 ini. Setiap pagi dan petang, akan kelihatan padang dan persekitaran sekolah dipenuhi pelajar yang menjalankan aktiviti latihan sukan. Semalam (25-26 Januari) semua pelajar terlibat dengan 'sukan tara', sesuai dengan hasrat TPM, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan setiap pelajar terlibat dengan sekurang-kurangnya 1 jenis sukan. Hasiln

Kembali Ke Sekolah

2010 baru saja kita tinggalkan, kini masuk tahun 2011 yang pastinya menjanjikan seribu satu macam peristiwa. Kepada pelajar dan semua warga SMKKJ, selamat kembali ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan 2011. Januari yang sibuk, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Pada bulan inilah pendaftaran pelajar untuk naik ke tingkatan seterusnya berlangsung, penyusunan kelas, kurikulum, ko kurikulum serta mesyuarat staff, panitia, bidang dan seumpamanya. Begitu sibuk sehingga kadang-kadang ada kalangan pelajar mahupun guru yang tidak menang tangan. Apapun yang paling penting adalah P&P harus berjalan bermula hari persekolah dibuka. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Dua orang pemantau dari PPD Kunak sempat datang ke SMKKJ untuk melihat sendiri perjalanan P&P. Tahun ini adalah diharapkan semua warga SMKKJ lebih bersedia dan lebih komited terhadap tugas masing-masing, baik pelajar mahupun kakitangan pengajar dan bukan pengajar. Semoga SMK Kunak Jaya pada tahun ini lebih berjaya dar