Cuti-Cuti Malaysia

Pada 4hb Jun 2009 yang lalu saya ke Kota Kinabalu atas urusan keluarga. Kebetulan semasa melawat Muzium Negeri Sabah, saya bertembung dengan kumpulan pelajar SMKKJ bersama beberapa orang guru dalam sesi lawatan mereka. Mereka ialah kumpulan pelajar Sains Pertanian dalam program lawatan sambil belajar ke beberapa tempat berkaitan subjek Sains Pertanian. Rombongan pelajar berkenaan di ketuai oleh Cikgu Ismail Naweh. Selain itu, lawatan kali ini juga menggabungkan pelajar dari dua buah sekolah iaitu turut disertai oleh pelajar-pelajar Sains Pertanian SMK Bugaya II diketuai oleh cikgu Ibram Syah Arham. Di sini saya ingin kongsikan beberapa gambar yang sempat saya ambil. [Klik gambar untuk saiz besar].

Kelihatan (gambar bawah) cikgu Sahril Hamid sedang mengabadikan kenangan bersama pelajar SPA SMKKJ 2009 di hadapan pintu masuk Muzium Negeri. Selain gambar ini ada beberapa gambar lagi yang tidak sempat saya masukkan kerana keterbatasan waktu. Insya Allah akan dimuat naik beberapa hari lagi jika ada kelapangan.



Ulasan

  1. ASSALAMUALAIKUM...?
    MMM....TETIBA TERIMBAU KISAH SILAM DAN KENANGAN MANIS MASA SEKOLAH DULU..TAK TERBALAS JASA CIKGU2 YG DAH BYK MENGAJAR SY SEHINGGA SY JADI MCM SKG NI..TOLONG KIRIM SALAM PD CIKGU PUDIN N KALU ADA MASA LAWAT LA...HTTP://PUTERIEMBUN.BLOGSPOT.COM DAN TERIMA KASIH SEKALI LG...

    BalasPadam
  2. wahhh..bestnya dpt g jln2..wish all of u gOOd Luck..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI KE BILIK DARJAH

Puisi Buat Anak Didik

BERTEMU KEMBALI